CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, April 21, 2009

mElaYu vS MelAyU?

pada waktu ini, di malaysia terutamanya
mmg tak dinafikan anak2 muda memang banyak menyertai pertubuhan2
yang mempunyai perjuangan2 tersendiri..
ini termasuklah pekida, double 7, utara selatan dan mcm2 lagi..

apa dia pertubuhan2 ni??
pertubuhan ni atau lebih tepat disebut sebagai kongsi gelap
adalah satu pertubuhan yang pada dasarnya memperjuangkan hak2 kita sebagai
orang melayu..
ia juga bertindak melindungi kaum melayu daripada gangguan anasir2 yang boleh menjejaskan hak kita sebagai orang melayu..

memang diakui perjuangan yang dibawa itu adalah benar
dan tidak lari dari landasan yang sebenar..
namun, sikap sesetengah pihak yang bertentangan dengan prinsip perjuangan mereka telah
menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap pertubuhan2 ini...

jika kata balik kepada perjuangan asal kita, bukankah kita mempunyai matlamat yang sama??
prinsip aliff, ba ,ta... yang kita pegang akan membawa kita untuk berjuang menegakkan agama, bangsa dan tanahair kita..
tapi apa yang telah berlaku sekarang adalah sebaliknya...

apa yang ingin saya nyatakan disini adalah sikap orang melayu yang tidak mengenali bangsa sendiri...
melayu mudah lupa...
mmg kata2 ini telah menunjukkan banyak bukti dalam kehidupan kita hari ini...
kadangkala saya sedih, kenapa melayu mesti bergaduh sesama melayu??
adakah kerana kita berada dalam pertubuhan yang berbeza??
tapi, bukankah perjuangan kita sama...
mengapa mesti cuba menindas bangsa sendiri tanpa sebab?
bilakah agaknya kita akan dapat mencapai kemajuan jika sikap kita begini..??

wahai bangsaku...
sedarlah dari lamunan..
kita berpersatuan bukan untuk kita bermusuh sesama sendiri..
bukan untuk kita menindas orang yang tidak bersalah..
bukan untuk membandingkan siapa antara kita yang paling gagah..
kita ada kelebihan dan kekurangan masing2...
kita seharusnya menutup kelemahan kita dari terus diperhatikan musuh..
bangsa melayu..
musuh menanti kita lemah...
sebelum mereka bertindak, menjatuhkan kita,...
kita mesti SEDAR....
SEDAR....SEDAR...
bukan terus leka dengan semangat bencikan sesama melayu...
bangsaku...
janganlah salah gunakan kuasamu...
kuasamu itu bukan untuk kamu mencetuskan huru hara...
bukan pula untuk kamu bangga hingga lupa dimana kamu berpijak...
sebaliknya untuk kita sama2 menjaga apa yang kita ada...
yang sejengkal janganlah jadi sedepa...
kerana kita tak mahu jadi bencana...

bangsaku melayu...
sedarlah...
kalau kita sekadar mahu menunjuk taring
aku khuatir, taring itu akan menghiris daging sendiri...
kalau kita sekadar mahu menunjuk belang,
aku risau belang itu x menggerunkan musuh...
kerana apa??
kerana kita mematah kan kaki sendiri..

memang..
kesalahan akan dbalas hukuman...
tapi jangan ini djadikan alasan untuk kamu menjadi penghukum
yang tidak kenal pesalah...
kerana susah bangsa sendiri...

oleh itu ingatlah...
wahai bangsaku...
kembali lah pada perjuanganmu...
jangan terlalu leka membawa senjata...
pisau di pinggang menikam perut...

0 comments: