CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, April 22, 2009

keNaPa '3 LinE' DpandanG SeRonG???

kalau kita tanya pada orang ramai..
apa itu 3 line..
automatik sume orang akan kata...

'alah.. 3 line ni samseng la...keje cari pasal..kaki gaduh...mcm2 lg la...'

knp org boleh beranggapan macam ni?
sdangkan perjuangan sbnr y dbawa adalah benar dan suci...
ape sbnrnyer y x kene pada 3 line ni..
majoritinya kat malaysia ni, kalau tanya pasal 3 line, orang akan sebut pasal pekida...
sape plak pekida...?
orang melayu?
truk ke orang melayu ni??
orang melayu kaki gaduh?
dah xde keje lain ke??

knapa la org melayu jadi mcm ni??
x malu ke kat bangsa2 lain??
ape yang orang melayu dah buat??

ok...
sebnarnya 3 line ni bukan pekida jer..
banyak lagi pertubuhan2 lain..
utara selatan salah satu daripadanya..
tapi utara selatan ni mmg xde pulisiti..
so..
orang ramai xtau ttg US ni..
tapi dsebabkan ada antara pertubuhan yang dah buat salah,
smua 3 line dapat nama..

apa sebenarnya yang dorg da buat??

haa..
sbg contoh, ada satu pertubuhan ni mmg org tau die truk..
aku xnk sebut la sape..
keje die mmg cari pasal...
klu dlu pertubuhan ni dpandang tinggi sebab org2 yang menyertainya
adalah antara orang yang berwibawa..
tapi sekarang x lagi..
oleh kerana dorg cuba meramaikan ahli2 dorg(kuantiti)
akhirnya dorang kehilangan kualiti..

ape tidaknya..
mat rempit pon boleh masuk..
kaki lepak pon boleh masuk..
orang yang x tentu hala pon boleh masuk..
akibatnya, dorg buat taik..
buat onar..
sampaikan masyarakat x suka..
masyarakat pandang serong..
dorang gunakan nama pertubuhan untuk tunjuk kekuatan diri..
masalah kecik pun nk dbesarkan...
dorg salah guna kuasa...
cari pasal...pukul orang..
org x buat salah pon nk dpegang..
ape ni?
klu mcm ni, cmne orang nak respek...
lpas tu bila keadaan da buruk,
barula nak dapatkan balik kualiti..
x rasa cam tlambat ke??
paling truk skali, yang dipukul orang2 melayu jugak...
bangsa sendiri..
kalau ada salah xpela...
ini x..
xde salah pun dorg cari salah..
sedarla wahai org MELAYU....
jangan berasa terlalu gah dengan apa yang x pasti...
sedarlah kat luar tu musuh ramai menanti..
saudara kita ramai lagi yang tertindas..
knapa kita mesti tambah lagi penindasan pada mereka?
kita sepatutnya melindungi mereka...
sedarlah...

klu kita ada senjata...
x slah kalau simpan...
jangan ikut nafsu dan jadikan senjata kita lapar darah...
akibatnya, darah sendiri yang dituntut...

Tuesday, April 21, 2009

mElaYu vS MelAyU?

pada waktu ini, di malaysia terutamanya
mmg tak dinafikan anak2 muda memang banyak menyertai pertubuhan2
yang mempunyai perjuangan2 tersendiri..
ini termasuklah pekida, double 7, utara selatan dan mcm2 lagi..

apa dia pertubuhan2 ni??
pertubuhan ni atau lebih tepat disebut sebagai kongsi gelap
adalah satu pertubuhan yang pada dasarnya memperjuangkan hak2 kita sebagai
orang melayu..
ia juga bertindak melindungi kaum melayu daripada gangguan anasir2 yang boleh menjejaskan hak kita sebagai orang melayu..

memang diakui perjuangan yang dibawa itu adalah benar
dan tidak lari dari landasan yang sebenar..
namun, sikap sesetengah pihak yang bertentangan dengan prinsip perjuangan mereka telah
menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap pertubuhan2 ini...

jika kata balik kepada perjuangan asal kita, bukankah kita mempunyai matlamat yang sama??
prinsip aliff, ba ,ta... yang kita pegang akan membawa kita untuk berjuang menegakkan agama, bangsa dan tanahair kita..
tapi apa yang telah berlaku sekarang adalah sebaliknya...

apa yang ingin saya nyatakan disini adalah sikap orang melayu yang tidak mengenali bangsa sendiri...
melayu mudah lupa...
mmg kata2 ini telah menunjukkan banyak bukti dalam kehidupan kita hari ini...
kadangkala saya sedih, kenapa melayu mesti bergaduh sesama melayu??
adakah kerana kita berada dalam pertubuhan yang berbeza??
tapi, bukankah perjuangan kita sama...
mengapa mesti cuba menindas bangsa sendiri tanpa sebab?
bilakah agaknya kita akan dapat mencapai kemajuan jika sikap kita begini..??

wahai bangsaku...
sedarlah dari lamunan..
kita berpersatuan bukan untuk kita bermusuh sesama sendiri..
bukan untuk kita menindas orang yang tidak bersalah..
bukan untuk membandingkan siapa antara kita yang paling gagah..
kita ada kelebihan dan kekurangan masing2...
kita seharusnya menutup kelemahan kita dari terus diperhatikan musuh..
bangsa melayu..
musuh menanti kita lemah...
sebelum mereka bertindak, menjatuhkan kita,...
kita mesti SEDAR....
SEDAR....SEDAR...
bukan terus leka dengan semangat bencikan sesama melayu...
bangsaku...
janganlah salah gunakan kuasamu...
kuasamu itu bukan untuk kamu mencetuskan huru hara...
bukan pula untuk kamu bangga hingga lupa dimana kamu berpijak...
sebaliknya untuk kita sama2 menjaga apa yang kita ada...
yang sejengkal janganlah jadi sedepa...
kerana kita tak mahu jadi bencana...

bangsaku melayu...
sedarlah...
kalau kita sekadar mahu menunjuk taring
aku khuatir, taring itu akan menghiris daging sendiri...
kalau kita sekadar mahu menunjuk belang,
aku risau belang itu x menggerunkan musuh...
kerana apa??
kerana kita mematah kan kaki sendiri..

memang..
kesalahan akan dbalas hukuman...
tapi jangan ini djadikan alasan untuk kamu menjadi penghukum
yang tidak kenal pesalah...
kerana susah bangsa sendiri...

oleh itu ingatlah...
wahai bangsaku...
kembali lah pada perjuanganmu...
jangan terlalu leka membawa senjata...
pisau di pinggang menikam perut...

Sunday, April 19, 2009

Dua KaLi Maut

berbicara seluas laut..
orang dgr pon bleh jadi takut..
tapi mana kbenaran yang disebut..
klu keje bikin ribut..
perjuangan yang dsebut2..
blum tntu boleh diikut..
konon nk jadi untung sabut..
tapi itulah yang jadi hanyut..

bak kata orang..
sembang cam gampang...
xtau btol ke tak,
ntah2 musang..
jangan nnt da kne pegang..
duit hilang, maruah melayang..

mana lahir sorg anak..
klu ada mak xde bapak..
tkt nnt kne sepak..
xpasal2 xbleh mnapak..

adala sorg mamat ni..
die satu klas ngan aku..
ntah aritu mcm ne die tsalah cakap..
aku dapt korek rahsia dia.
cara die cakap mcm da besar.
btol ke x aku xtau..
nk dpegang kwn sekelas..
tp xtaula klu die btl2 musang..
bl aku tny, konon2 simpan rahsia..
geram jugak nak tempeleng...
die sndri pon xtau sbnrnye..
mgkn die x skola tinggi...
simpang mn kne rahsia..
ksian plak akukat die..
xpela die x cari point ngan aku..
tp nnt ape jd aku pon xtau...

proTokol bkn ProTokol

apa ada pada protokol...?
klu menjaga tingkah x setuls hati...
apa ada pada protokol...?
klu susah bukan buatan sendiri...

tersalah letak teguran pedas...
salah angin sendri y kena...
tangan menutup bara..
walau mghadap kucing x bertaring...
salah ranting dahan yang tanggung...
tangan terkaku mulut membisu..
atas tunduk, pandang bawah...
singa di tengah asah taring...
ada satu, dua dan tiga...
xckup tiga tambah sepuluh...
basuh baju xpakai sabun..
sampai warna bercampur aduk..
tiga kali berbalas sekali..
jangan dicekak yang atas sekali...
bukan juga yang panjang sekali..
slah2 susah sendiri..

ini bukan nak mermadah...
bukan pulak nak berhelah..
cuma cuba mencari celah..
klu2 nampak y lemah..

buat y tau jgnla marah..
smua ni org tau dah..
kita x payah nk tunjuk gah
pkr kecik xkn nk berbalah..

HiDup seBagai ManusIa biAsa...

sesungguhnya manusia itu dciptakn untuk mjadi khalifah diatas muka bumi ini..
setiap diantara kita ada tanggaungjawab masing2..
tggungjawab sebagai pemimpin..
samada memimpin negara, kumpulan, keluarga mahupun diri sendiri..
tggjawab ini bkn dberi pada org2 tertentu, org kaya, orang berharta, dan sebagainya..
tapi kita semua memikul tggjwb tersebut...

kadang2 ada juga antara kita yang tak sedar hakikat ini..
mereka menganggap tggjwb itu bukanlah diatas bahu mreka...
tapi lupakah kita bahawa kita akan dpersoalkan ttg tggjwb ini kelak?
memimpin dan mempertahankan hak kita?

jika kita renungkan, bukanlah menjadi tentera itu membuatkan mreka lain daripada org lain..
kenapa?adakah krn dia seorang tentera, hanya dia yang perlu berada di medan peperangan?
bgmana pula dengan kita?
adakh bkn tggjwb kita untuk bjuang pada jalan ALLAH?
mengapa kita TAKUT untuk berada pada jalan yang diketahui benar?
siapa kita?
pengecut?
atau kita mnantikan keamanan datang sendiri MELUTUT pada kita...?
atau kita pasti keamanan ini akan BERSEMADI bersama kita?

kita mesti ingat..
kita manusia biasa...
kemana pun kita melangkah, langit ttp kita junjung...
seandainya tak mampu mengangkat senjata, lidah masih memadai...
dan hati itu bukanlah terlalu lemah..

aku berseru bukan nak bermadah...
cuma aku berasa gundah...
tulang empat kerat segunung bah..
siapa yang akan hancur bersepah?

aku tak mahu kita jadi pengecut mengharap dilindung..
tapi biarlah kita yang melindung...
melindung agama bangsa dan tnah air....


menjunjung kewajipan
mmelafaz kebenaran
menyimpan idealogi
yg berat bersama
yg ringan bersatu
talian maatlamat adalah sama

manusia kebanyakkannya thidup dengan terikat kepada janji..
walhal perkara temeh pun masih merujuk pada janji..
tp ramai yg tidak tahu menahu tentang janji yg hakiki..
janji kepada PENCIPTA..
janji yg dilafazkan semasa ketiadaan jasad..
janji yg diluah sebelum diberi pengenalan kepada dunia..

dan apabila janji itu diketahui senja ini..
ramai yg sukar mempercayainya..
juga ramai yg takut untuk mempercayainya..
terdapat juga ramai yg takut melafazkannya buat kali ke-2..
kerana terasa beban yg berat menggunung bakal digalas..
sedangkan mereka tidak sedar yg janji itu telah termaktub di alam roh lagi..
jd kenapa harus menafikan?
membohongi janji itu?

sebagai manusia setiap perbuatan ad tanggungan dan akibatnya..
falsafah mat salleh(omputih) ad berkata:
hidup adalah satu permaina..
tp slh sebenarnya..
kalau permainan ada kalah dan menang..
hidup sebenarnya adalah satu tanggungjawab..
menang atau kalah belakang kira..
yg penting tugas dh dilaksana..
takdir yang menetapkan kemenangan kita ats usaha kita..


so berpegang pada janji..
berpanji pada tanggungjawab..
jangan takut dengan lafaz janji yg benar..
kerana dicelah-celah janji kita ada kekuatan yg sebenar..



sumpah kitab-saksi pedang

Saturday, April 18, 2009

lu Mana maRi...?


erm... kat cni gua nak cter ckit la ttg dri gua ni.. gua asal kuala rompin pahang... anak kelahiran johor darul ta'zim...
gua mmg dbesarkan dlm suasana yang sderhana... sekolah pon kat skolah biase... xde ape pon y bleh gua bangga dgn dri gua ni..
gua dlu mmg nkal... biasela anak jantan.. blajar pon maen2... cita2 tinggi tp pmalas.. haha..
tp ntahla cmne lpas spm bleh gak smbung blaja.. huhu... syukur... tapi da dpt sambung tu pon gua wat taik lagi... result truk gler..
tp lpasabes blaja kat ctu, gua dpt lagi sambung... kat tmpt yang slama ni gua rs cam mustahil gua dpt msuk.. hahaha...
dan skrg alhamdulillah... di bumi UTM yang bertuah ni gua x nak cam dlu dah... harapan yang mak bapak gua bagi, xkn gua bg hancur,..
hahahah...